Daisypath Anniversary tickers




Daisypath Vacation tickers



LilySlim Exercise days tickers

Thursday, March 10, 2011

TEKUN NASIONAL LOAN PART 1

after bebrape bulan bfikir care yg tbaek nk di buat..smlm aku pon mangAJUkan quest pd pihak TEKUN NASIONAL tu bout bisnes loan...mmg nk harap pd modal sndiri jek x kn jalan sgt bcoz AKU NI BUKAN LE ANK TOKEY BALAK..lg pon any bisnes mesti start ngn  PINJAMAN kn...


Nama : NUR NABILA BT SALIM
E-mel : ellen_slepet@yahoo.com
Nombor kad pengenalan (I/C) : 88012423XXXX
Nombor telefon : 01772668XX
Tajuk : Pertanyaan
Komen : saya tidak mempunyai lesen perniagaan  dan kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan kepada rakan-rakan dan kenalan. Produk yang dijual termasuk makanan ringan, kain pasang dan sebagainya.Perniagaan ini hanya dijalankan secara 'direct selling' tanpa ada premis /kedai.
Disebabkan penerimaan yang memberangsangkan, saya bercadang untuk lebih serius dalam perniagaan ini dengan mengkhususkan penjualan  baju-baju untuk wanita. Bolehkah saya memohon pinjaman daripada pihak TEKUN NASIONAL walaupun saya tidak mempunyai lesen perniagaan?


and wlpon sesetengah pihak mengecam organisai ni ..for me...mereke sgt BAGUS utk BEGINNER mcm haku ni...FEEDBACK yg kite dpt pon cepat n x smpai bpe jam pon...

Salam Saudari Nur Nabila,

Terlebih dahulu TEKUN Nasional mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan dan minat saudari terhadap produk TEKUN.

Bagi mendapatkan pinjaman modal perniagaan, saudari boleh mengemukakan permohonan ke pejabat TEKUN kawasan yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan. Alamat pejabat TEKUN kawasan boleh didapati di www.tekun.gov.my. Walaubagaimanapun, saudari mestilah memenuhi syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh TEKUN.

Syarat kelayakan asas seperti berikut:

1.Bumiputera dan berumur 18-65 tahun.

2.Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang  berpotensi dan berdaya maju.

3.Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
 (Pembiayaan di bawah RM 5000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan)
4.Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.

5.Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
 (Pembiayaan sehingga RM 5 000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang
  berniaga secara sambilan)

6.Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50 000.

Dokumen yang diperlukan:

1.Borang permohonan JPP2 yang lengkap diisi.

2.Gambar pemohon ukuran passport 1 keping.

3.Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.

4.Salinan lesen/permit/pendaftaran perniagaan yang sah.

5.Gambar premis/tempat perniagaan.

6.Salinan buku simpanan/penyata bank

7.Sebut harga/cadangan pembelian perkakasan/peralatan/ubahsuai.

8.Salinan salah satu bil utiliti bagi premis atau rumah.

9.Salinan perjanjian sewa/surat kebenaran penyewaan premis (sekiranya premis di sewa).

Sebarang pertanyaan lanjut saudari boleh menghubungi Business Centre Ibu Pejabat TEKUN Nasional ditalian 03-9058 8550/03-9058 8999 atau 1-300-88-1277.

Sekian, terima kasih.



p/s: nk aply ke x nk ek....in DILEMMA :(

No comments:

Post a Comment