Wednesday, January 19, 2011

Masih setia -Aisya Sofea


PENULIS: AISYA SOFEA
M/S: 512
HARGA: RM19.90
Sinopsis : MASIH SETIA
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

REVIEW:

x tau la..nape aku x leh NGAM ngn cite ni...slalunye AISYA SOFEA ni wat novel mmg superb but utk yg ni bg aku...adusss...
watak mmg best...ade selit2 unsur budaye...starting mmg seronok + excited nk bce but bile smpai part tngah2 dh mule nk bosan...MELERET-LERET PULAK..byk sgt cite mnde yg same brulang2...frustnye aku....huhu..KLIMAKS plak ok2 je la...ending pon. :(.. conclusionnye...
aku mngharap sumthing yg MORE from diz novelis...

p/s: MANUSIA X PERNAH NK PUAS 
(naseb bek la zam yg blanje aku novel ni)


No comments:

Post a Comment