alhamdullilah... akhirnye impian ayu raudhah utk mnjadi suri hati zaquan adha tercapai sudah..(kuang asm x ayt aku??hehehe) Dengan hanya sekali lafaz, Ayu Raudhah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha dengan disertai hantaran sebanyak 7 dulang & mas kahwin RM1,888. majlis pernikahan telah dilangsungkan di alor setar pd pukul 4.00 ptg 21/1/2011 :)
story ni based ape yg saye pnah bace di blog blogger2 lain :)
NORIZAN DAN SULTAN PERAK..
memang kisah cinta yang paling klasik ..between artis dan kerabat istana..story ni is around 1950's..
norizan yg mrupakan bintang filem melayu telah disunting oleh Almarhum Sultan Yusof dr kerabat istana negeri Perak..baginda mmg sgt tpesona dgn baik budi and kjelitaan Allahyarhamah Norizan ni :)
Almarhum Baginda syg betol kt norizan..setiap kali ade mase lapang di istana tempat tgl Norizan..mereka akn spend time dgn menari bsame ikut alunan muzik waltz yg agk popular time tu.....wow..sgt romantic n charming kn??
SUDAH KETENTUAN ILLAHI..
jodoh ..pertemuan..ajal..maut
pasangan loving ni BERCERAI...
knape aku bg title entry ni TRUE LOVE sedangkan dieowg x bsame smpai SYURGA pon kn??
sebabnye...
penceraian ni NORIZAN yg mintak :( mase tuAlmarhum Sultan sgt sedih sehingga menitiskan airmate..see!!betape sygnye seorg suami pd isteri..but..Almarhum Sultan ni very loving n kind person...die izinkan NORIZAN pergi pd org yg die sayang dan tunaikan permintaan tersebot..Norizan telah diceraikan secara baik..siap dibekalkan pulak dgn brg2 kemas n harta.. BAGINDA MMG ANGGAP NORIZAN NI CINTA SEJATI!!
lepas penceraian tu..baginda really2 heartbroken..gering..n lastly baginda pon dijemput pulang oleh YANG ESA..
(sgt2 sedih)
NORIZAN??
ape blaku pd die?
pd thun 1955 NORIZAN bkhwin ngn pilihan hati die...die disunting mnjadi isteri kpd seniman agung, TAN SRI P.RAMLEE.
ku sangke pns smpai ke ptg...rupenye...
rumah tangge dieowg tak btahan lame.tahun 1961....:(
MEREKA BERCERAI...
p.ramlee berkahwin dgn saloma dan norizan brkahwin dgn Allahyarham Abdullah Chik
P/S: alangkah bagus kalo penceraian ptame tu x tjadi kn???SURATAN TAKDIR..:(
assalamualaikum.... last day.sementare tgu turn aku psl adek aku dok men fb,aku pon mngisi la mse lapang tsebut dgn meng'GROOM' kn diri aku...hehe.. ini lah hasil yg x sebape tu...style shawl tu inpired from STYLE COVERED and make up plak from YOUTUBE AYUNAR ...suke!!suke!!
BEFORE
AFTER
beze x???ok la kn...
ape yg aku gune???
nk tau??
nk ke??
ok2...
MEIKO NATURACTOR CODE 130
RONASUTERA MINERAL POWDER
M.A.C EYESHADOW BLACK COLOUR
M.A.C EYESHADOW CREAM COLOUR
M.A.C EYESHADOW PURPLE COLOUR
M.A.C EYELINER TWIST
BLUE HEAVEN KAJAL
LIPGLOSS COL PINK
LIPSTICK COL ORANGE SOFT
MOOD MAGIC GREEN COL
enjoice!!
p/s: kalo nk dapatkn brg2 make up tu leh refer sini k..ahacks..
suDut resepi ari ni nk bkongsi cmne cre2 nk wat TEMPOYAK..even aku brasal dr johor, mknn ni plak asl dr PAHANG or PERAK, aku mmg HARDFAN tempoyak ni la...x pyh nk gayekn ngn laok sodap2...tempoyak..nasi ..kicap n ikan bilis pon aku bleh lyn smpai OVERDOSE..
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar? REVIEW:
x tau la..nape aku x leh NGAM ngn cite ni...slalunye AISYA SOFEA ni wat novel mmg superb but utk yg ni bg aku...adusss...
watak mmg best...ade selit2 unsur budaye...starting mmg seronok + excited nk bce but bile smpai part tngah2 dh mule nk bosan...MELERET-LERET PULAK..byk sgt cite mnde yg same brulang2...frustnye aku....huhu..KLIMAKS plak ok2 je la...ending pon. :(.. conclusionnye...
ni la cupcake mse kiteowg celebs bfday mak buln 12 aritu...ak x sempat nk mek gmbo psl tgok2 cupcake nye dh RONGAK2 kne kebas..pic ni aku mek dr blog kak noris..thanks ye kak noris..sebenonye wording yg aku bg mse order agk pjg..tup2 bile dpt tgl 3 pth perkataan je..huhu...xpe2...yg penting SODAPPPP!!!enjoice!!
GAMBO KAMI MLM ITU :)
caption:UNCLE..MAK (bfday girl)..BEBY..LISHA & WULAN (ex gf abg aku )
nk sharing recipe ni...act resipi aku cedok dr bbrape blog mskan.cilok sini sikit..sane sikit....hahahaha..dh salin kt note book ni sbuln lpas...smpai blapok tp still x cube2 lg...so aku share resipi dulu...HASIL eksperimen nye gambo ak pos bile aku rajen nt k :P enjoy!!
SHEPARD PIE / KASEROL DAGING (nyum...nyum..)
bahan-bahan:
1/2 kg sosej/ daging cincang
cheese (sgale jnes boleh pkai)
2 cwn susu segar
2 biji telur
1 kg kentang (bhn utama ni!!)
tomato
mushroom soup
black pepper
cara2 nye :
hidup kite asek pk nak maken smpai akhirnye bdn kite jd 3G dan mcm2 pnyakit pon dtg...darah tinggi,,diabetes..obese..aduh...mcm mane nk atasi???
BERTUKARLAH KEPADA PRINSIP......MAKAN UNTUK HIDUP!!!!yeayyyyyyyyyyyyyy
bile kite set kt otak bhwsanye kite nk MAKAN UTK HIDUP , semestinya makanan yg kite amek tu qtty nye x sebanyak prinsip sblm ni...pola pmakan pon lbeh teratur...pmkanan lbih seimbang n dpt mnghasilkan bdn yg lbih fit!!
so...tepok dada tnye selera :)
p/s: ade yg kuat makan tp bdn maintain je kurus...jeles2...:(
kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding, tersipu malu ..LALALALALALA
wOwwWW!! entry ni aku dedicate utk mereka2 yg mrncng nk kawen...utk kwn2 aku jugak..<MAS..ANA..AYONG.. & DEWI yg cm x sabo2 nk kwen tu ye... enjoyyyyyyyy!!
Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK: Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•
Wang tanda (hantaran)
•
Baju sepasang atau kain
•
Buah-buahan
•
Kuih-muih
•
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
PADA HARI PERTUNANGAN:
•
Cincin berlian
•
Sirih junjung
•
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
MALAM BERINAI:
•
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan: Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
•
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•
Membeli cincin kahwin.
•
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Membeli barang kemas
•
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
•
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•
Cincin / gelang tangan / rantai.
•
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
PADA HARI PERKAHWINAN: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
salam RABU,, sngaje wat entry nih..saje busan2 smentare nk mncari mood nk myiapkn keje2 yg ttangguh tu..huhu
WEDDING HIJAB..
topic kali ni sngaje aku post bukan bmaksod aku nk kwen or x sabo2 sgttttttt nk kawen but saje2 nk sharing.. :)
nway...aku bukan la mak andam or designer yg tau sgt fashion2 latest yg ngah TOP kt market akrg ni....tp aku nk tunjok design WEDDING HIJAB yg sgt GROOL (great + cool)..ak slalu gak la mlepak kt blog SI DIA ni...mmg design die ade clazzzz!!! SI DIA yg aku nk cite ni ialah..........
mende2 ni la wat mereke2 yg single malas nk bcinte :(
ade 2 cerite:
1) si gadis meronta2 nages sbb nk sgttt couple ngn ank bujang si polan tu..even kne reject pon sgop wat ape saje..mnagih cinte yg tak kunjung tibe ..sudahnye,bunuh diri terjun dr menare..mak bpk yg mngalir air mate..aduhhhhhhhhhhh.x ksian ke kt mreke???..ingat ALLAH la sedare..
2)si gadis n si ank bujang declare rlationship mereke...mule2 bcinte manis2 blake..2 3 bulan pastu dah mule dh..yg sorg jeles..yg sorg curang..gadoh2...aiyark!!aiyark!!!last2 SURE MLELEH AIR MATE..sob..sob.. );
org kate zaman bcinte ni byk kmanisannye..tp REALITY nye..agk mderite..tp bukan le semue..RAMAI YG BAHAGIA :) ALHAMDULLILAH
dalam hubungan ni kite kne amalkan 3 pkare..antarenye kene byk bsabo..btolak ansur..n krjasame..;) x kire la couple..tunang..kawen...or dh 2 3 kali rujuk smule..:) INSYAALLAH BERKEKALAN SAMPAI SYURGA
cth situasi utk 3 pkare tu ye :-
i) "sabo aje la ngan KARIM ni..msg ngn KIAH upenye die " kate LEHA
ii) "xpelah..awk gune je duit upah mnjaet saye ni dulu lgpon gaji awk lmbt kn"
iii)" meh abg tolong SENAH cuci pinggan ye"
slgi blom ade ijab dan kabul yg satukan cinte kite ngn si die..ade baeknye kite ccentrate cinte kite pd kuarge..cinte kite pd kerjaye..cinte kite pd agame..DAN cinte kite pd YANG ESA ;)
INGAT!!!
cinte buat kite alpa..even kite tau batas2 agame..tp kite men redah je...TAK MALUNYE KITE!!
cinte mmg mnuntut ksbaran..kdg2 mlemaskan.. yg kite perlu buat doakan kite dan die BAHAGIA ;)